Filem Slapstick Puteri Gunung Sengkuang Terbitan HSF Production

Sis terharu bila diberitahu bahawa 80 peratus barisan artis untuk Filem Slapstick Puteri Gunung Sengkuang Terbitan HSF Production adalah dari kalangan pelakon veteran tempatan. Ini adalah satu pengiktirafan bagi artis-artis veteran tempatan yang sering dilupakan, pada sis bakat mereka harus diperjuangkan.

Filem Slapstick Puteri Gunung Sengkuang, HSF Production, My Asia Empire, Dato Mohammad Faizal,  Rusilawati Hassan, Shila Mambo, Filem, Lifestyle
Filem Slapstick Puteri Gunung Sengkuang Terbitan HSF Production


Baru-baru ini, MY Asia Empire telah mengadakan satu majlis pelancaran produksi filem dan drama HSF Production (M) Sdn. Bhd di Grand Millenium Hotel Kuala Lumpur. MY Asia Empire adalah sebuah syarikat rakaman yang lebih dikenali dengan nama Asia Empire Records.

Setakat ini, Asia Empire Records telah melahirkan beberapa orang artis naungan selaku penerbit dan edaran. Sedia maklum Asia Empire Records turut mempunyai studio rakaman dan menjadi nadi utama penggerak karya-karya artis naungan mereka secara bebas. Selain itu, Asia Empire Records turut terlibat dalam hal pengurusan artis, promosi, dan sebagainya.

Filem Slapstick Puteri Gunung Sengkuang, HSF Production, My Asia Empire, Dato Mohammad Faizal,  Rusilawati Hassan, Shila Mambo, Filem, Lifestyle
My Asia Empire and HSF Production melantik artis veteran, Rusilawati Hassan atau lebih dikenali sebagai Shila Mambo, selaku Pengarah Pengurusan Filem dan Drama HSF Production

Setelah beberapa tahun bertapak di dalam industri muzik, Asia Empire Records kini tampil bergabung bersama Encik Haniff Khan serta Puan Rusilawati atau lebih dikenali sebagai Kak Shila Mambo iaitu salah seorang pelakon serta penulis skrip yang tidak asing lagu di dalam dunia perfileman dan drama di Malaysia. Gabungan ini bertujuan untuk melangkah setapak lagi ke dunia perfileman dan drama dengan menubuhkan sebuah produksi filem iaitu HSF Production (M) Sdn. Bhd.

Filem Slapstick Puteri Gunung Sengkuang, HSF Production, My Asia Empire, Dato Mohammad Faizal,  Rusilawati Hassan, Shila Mambo, Filem, Lifestyle
Filem Slapstick Puteri Gunung Sengkuang adalah merupakan satu kolaborasi antara My Asia Empire and HSF Production


Filem Slapstick Puteri Gunung Sengkuang adalah merupakan satu kolaborasi antara My Asia Empire and HSF Production melantik artis veteran, Rusilawati Hassan atau lebih dikenali sebagai Shila Mambo, selaku Pengarah Pengurusan Filem dan Drama HSF Production. Agar beliau terus menghasilkan karya-karya terbaru samaada dalam bentuk filem mahupun drama atau telemovie.

Filem Slapstick Puteri Gunung Sengkuang, HSF Production, My Asia Empire, Dato Mohammad Faizal,  Rusilawati Hassan, Shila Mambo, Filem, Lifestyle
Dato Mohammad Faizal


Sedia dimaklumkan bahawa Filem Slapstick Puteri Gunung Sengkuang ni akan memberi peluang kepada artis-artis veteran tempatan yang berbakat. Yang pasti, menurut Dato Mohammad Faizal, 80% daripada barisan pelakon akan terdiri daripada pelakon veteran manakala 20% daripada artis-artis baharu yang berbakat dan bukan kerana populariti disebabkan  jumlah pengikut tinggi dalam laman sosial.

Sis pun tak sabar nak ikut perkembangan Puteri Gunung Sengkuang ni. HSF Production (M) Sdn. Bhd. memperluaskan lagi peluang kepada pengkarya, penulis skrip serta pelakon sedia ada mahupun pelakon baru untuk turut sama memeriahkan lagi industri filem di Malaysia. Pada masa yang sama juga, peluang turut diberikan kepada pengkarya muzik bagi menghasilkan runut bunyi filem dan drama yang bakal ditayangkan nanti.

Filem Slapstick Puteri Gunung Sengkuang, HSF Production, My Asia Empire, Dato Mohammad Faizal,  Rusilawati Hassan, Shila Mambo, Filem, Lifestyle

Dengan adanya HSF Production (M) Sdn. Bhd. lebih banyak peluang pekerjaan akan dibuka bagi memastikan filem dihasilkan dalam tempoh yang pendek berikutan kes Covid-19 masih ada.

Antara peluang yang ada ialah krew belakang tabir, penulis skrip, penulis lagu, team produksi dan banyak lagi. Ini akan memberi impak kepada industri perfileman Malaysia secara total, seterusnya bersaing secara sihat untuk memartabatkan industri filem dan drama Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Please Leave a Comment to show some Love ~ Thanks