Belanjawan 2020: Malaysian@Work #MalaysiaKerja

Belanjawan 2020: Malaysian @ Work #MalaysiaKerja

Baru jer semalam kita publishkan post berkenaan dengan Belanjawan 2020: Bajet Kementerian Belia dan Sukan, terdapat banyak reaksi daripada pembaca. Masing-masing ada pandangan terhadap bajet yang diperuntukkan tapi hakikinya kita harus fokus kepada kemakmuran negara itu adalah Kemakmuran Bersama. Bajet untuk Malaysian @ Work dalam Belanjawan 2020 memang padu untuk meningkatkan ekonomi, social, mahupun politik negara. Peruntukkan sebanyak RM6.5 bilion untuk mewujudkan 333,000 pekerjaan bagi mengalakkan aspirasi anak muda Malaysia untuk berjaya dalam bidang pekerjaan yang diceburi dan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing memang jitu.

Belanjawan 2020, Malaysian @ Work,  #MalaysiaKerja, Graduates@Works, Apprentice@Works, TVET, Locals@Works, Women@Works, Kementerian Belia Dan Sukan, KBS, budget 2020, Lifestyle, Malaysia Budget 2020
Belanjawan 2020: Malaysian @ Work #MalaysiaKerja

Selaku langkah ini bukan sahaja boleh memgurangkkan kadar pengganguran di kalangan masyarakat Malaysia, terutama golongan belia. Tetapi ia juga boleh meningkatkan day saingan dari segi sumber manusia or intelek negara di pasaran antarabangsa.

Malaysian@Work or #MalaysiaKerja

Dasar Malaysian@Work or #MalaysiaKerja ini sebenarnya merupakan insentif berupa gaji kepada pekerja dan majikan dimana inisiatif ini akan diseliaurus oleh kumpulan wang simpanan pekerja (KWSP) dan seterusnya akan dikemaskini melaluli Sistem Insurans Pekerja (EIS) serta program pasaran buruh yang aktif.

Malaysian@Work terbahagi kepada 4 iaitu Graduates@Works, Apprentice@Works (TVET), Locals@Works, and Women@Works. Baiklah hari ni kita nak, bincang tentang Graduates@Works and Women@Works sebab kedua-dua aspek memang pernah cross-path dalam pengalaman hudup kita.

Graduates@Works

Rata-rata masih ramai graduan baru or graduan yang sedang menggangur, mereka ni adalah sumber intelek negara. Jadi dengan adanya insentif sebegini, maka graduan juga lebih bermotivasi untuk mencari kerja dan pada masa yang sama majikan lebih terdorong untuk mengambil graduan warga Malaysia juga.

Kepada graduan yang menganggur selama lebih daripada 12 bulan, apabila mendapat pekerjaan, mereka akan mendapat insentif gaji sebanyak RM500 selama 2 tahun. Nasihat untuk para graduan, jangan lah terlalu memilih perkerjaan, kena belajar dari bawah, start kerja dulu dari situ barulah anda akan berusaha meningkatkan gaji and pangkat.

Women@Works 

Wanita juga merupakan jentera penggerak negara, namum hakikatnya ada majikan yang lebih cenderung mendapatkan pekerja lelaki. Dengan adanya peruntukkan for Women @ Work dalam Belanjawan 2020 selaras dengan Bajet Kementerian Belia Dan Sukan, maka lebih ramai wanita yang tak bekerja akan cenderung untuk mula mencari pekerjaaan. 

Ini bukan sahaja boleh menambahkan kewangan keluarga pada masa yang sama meningkatkan produktiviti negara. Kepada para wanita yang kembali bekerja setelah berhenti selama setahun atau lebih dan berumur antara 30-50 tahun akan dapat insentif RM500 sebulan selama 2 tahun sahaja sebagai insentif manakala insentif cukai dipanjangkan selama 4 tahun. Tambah lagi RM300 sebulan bagi majikan yang ambil pekerja wanita terhad untuk tempoh 2 tahun. 

Ini merupakan peluang yang amat baik kepada kawan-kawan wanita kita yang masih tak bekerja. Semoga insentif ini akan membarakan semangat kaum wanita untuk keluar and mencari kerja demi masa depan keluarga, sendiri, dan juga negara. 

Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP)

Selain itu, sukan juga amat dititikberatkan dalam Belanjawan 2020. Kementerian Belia dan Sukan memdapat peruntukkan sebanyak RM45 Juta bagi Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP). Pada pandangan saya, pasukan bola sepak negara memang boleh pergi lagi jauh sekiranya mereka diperuntukkan bajet untuk latihan dan pembangunan. 

Prestasi yang ditonjolkan daripada pemain-pemain pelapis bola sepak negara di dalam program NFDP telah membuka mata banyak pihak di dalam dan luar negara. Pihak Kerajaan menyedari akan kepentingan dan memberi sokongan kepada usaha ini dengan meningkatkan peruntukan dari RM15 Juta pada tahun 2019 kepada RM45 Juta bagi tahun 2020 melalui KBS.

Kementerian Belia Dan Sukan (KBS)

Alamat: Persint 4, Menara KBS, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya, Putrajaya, 62570 Wilayah Persekutuan, Malaysia 

Sebarang pertanyaan and maklumat lanjut berkenaan dengan Belanjawan2020: Malaysian@Work #MalaysiaKerja, sila rujuk Kementerian Belia Dan Sukan (KBS)
Laman Web: www.kbs.gov.my

#Belanjawan2020 
#BelanjawanAnakMuda
#BelanjawanSukanNegara
#KemakmuranBersama 

4 comments:

  1. Wow belanjawaan 2020 nampaknye tumpuan lebih kepada aktiviti sukan. Than you info dan perkingsian

    ReplyDelete
  2. Bagus usaha menteria belia sukan ni... Harap terlaksanalah tahun hadapan..

    ReplyDelete
  3. Paling suka, insentif for woman @works , macam terasa terpanggil gitu to get back to work.. lama dah tak kuar keje ni

    ReplyDelete
  4. intipatinya memang menarik... terasa yang private sector pun turut terkena tempias yang positif... yelah kan, private sector selalu tu akan based on organization by organization... usaha yang murni ini semoga berjaya... kudos...

    ReplyDelete

Please Leave a Comment to show some Love ~ Thanks