Malam Starvaganza 2021 QASEH Health Resources Sasar 100 Jutawan Dan 1000 Usahawan

Baru-baru ni sis berpeluang menghadiri Malam Starvaganza 2021 Qaseh Gold yang begitu elegant dan meriah. Buat pertama kali selepas mengharingi hampir dua tahun fasa pandemik, Qaseh Health Resources (QHR) di bawah payung Ana Global Ventures, kembali meneruskan acara penganugerahan tahunan Malam Starvaganza 2021 Qaseh Gold di Ballroom, Hotel Mercure, Selayang, Selangor.

Malam Starvaganza 2021 QASEH Health Resources Sasar 100 Jutawan Dan 1000 Usahawan 

Menurut Pengasas Qaseh Gold merangkap Pengarah Eksekutif Kumpulan Ana Global Ventures (AGV), Puan Hasniza Hassan, misi utama syarikat sempena melangkah ke tahun baru adalah bagi melahirkan 1000 usahawan baru dengan minima pendapatan RM2000 sebulan pada tahun 2022 dan membina 100 jutawan Qaseh Gold dalam tempoh 3 tahun.

Pengarah Eksekutif Kumpulan Ana Global Ventures (AGV), Puan Hasniza Hassan

Untuk mencapai misi tersebut, Qaseh Health Resources (QHR) telah menyediakan pelbagai latihan, platform, serta produk yang berkualiti kepada para jemaah Qaseh Gold untuk mencapai target jualan. 

“Apa yang terdetik di hati saya, bagaimana saya sebagai seorang Muslim ingin menjayakan Qaseh dengan lebih meluas, supaya dapat membawa kembali fenomena Qaseh Gold yang dulu pernah melanda negara untuk membantu lebih ramai keluarga jadi sihat dan bahagia.

“Doakan misi kami untuk melahirkan 100 jutawan QASEH dalam tempoh 3 tahun berjaya dicapai pada tahun 2024 nanti.” Kata Puan Hasniza.

Jelasnya lagi, sebagai permulaan beliau akan mengadakan sesi training khas untuk leaders dan team. Fokus training adalah untuk membina mindset, leadership, sales and marketing termasuk social media marketing dan personal branding serta recruitment dan pembinaan sistem agen yang lebih kukuh.

Malam Starvaganza 2021 QASEH Health Resources Sasar 100 Jutawan Dan 1000 Usahawan 

Program eksklusif ini bertujuan untuk meraikan kejayaan Ejen serta Stokis yang telah mencapai prestasi cemerlang sepanjang tahun 2019 - 2021.

Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran tetamu kehormat, Panel Syariah Ana Global Ventures, iaitu Dr. Zaharuddin Abd Rahman dan Prof. Madya. Dr. Azman Mohd Noor.

Sebanyak 8 anugerah utama dengan meraikan 117 penerima anugerah pada malam Stargavanza 2021 Qaseh Gold. 

Malam Starvaganza 2021 QASEH Health Resources 

Berikut merupakan senarai anugerah yang diraikan:

ANUGERAH QASEH WELLNESS ADVISOR

Anugerah ini diberikan kepada mereka yang telah menyertai Qaseh Wellness Advisory Program (QWAP), iaitu

sebuah program anjuran pihak HQ bersama Pakar Pemakanan dan Nutrisi Kumpulan Ana Global Ventures, Coach Surainee Wahab.

ANUGERAH OVERSEA STUDY KRABI

Anugerah ini ditawarkan kepada mereka yang layak untuk bersama-sama menikmati percutian ke Krabi yang telah digantikan dengan hadiah wang tunai bernilai RM1000 untuk setiap pemenang disebabkan pandemik yang melanda negara.

Penerima Anugerah President dan Anugerah Top 3 PPW, Puan Noraihan Mohd Nordin, seorang pensyarah di sebuah universiti swasta

ANUGERAH PRESIDENT

Anugerah ini diberikan kepada ejen atau stokis Qaseh yang telah berjaya mencapai jumlah jualan RM16,000 dalam tempoh yang telah ditetapkan oleh pihak HQ.

ANUGERAH ACHIEVERS

Anugerah ini diberikan kepada ejen atau stokis Qaseh yang telah berjaya mencapai jumlah jualan RM8000 dalam tempoh yang telah ditetapkan oleh pihak HQ.

ANUGERAH TOP SELLERS

Anugerah ini diberikan kepada Ejen yang telah berjaya meraih jualan tertinggi dalam tempoh masa yang telah ditetapkan oleh pihak HQ.

ANUGERAH TOP PP (Pengurus Pemasaran)

Anugerah ini diberikan kepada stokis yang telah menjaya meraih jualan terkumpul tertinggi dalam tempoh masa yang telah ditetapkan oleh pihak HQ.

ANUGERAH TOP PPW (Pengurus Pemasaran Wilayah)

Anugerah ini diberikan kepada stokis yang telah menjaya meraih jualan terkumpul tertinggi dalam tempoh masa yang telah ditetapkan oleh pihak HQ.

ANUGERAH TOP PPN (Pengurus Pemasaran Negeri)

Anugerah ini diberikan kepada stokis yang telah menjaya meraih jualan terkumpul tertinggi dalam tempoh masa yang telah ditetapkan oleh pihak HQ.

STOKIS DAN EJEN DIPERLUKAN:

QHR mengalu-alukan penyertaan Stokis dan Ejen bagi menyertai misi melahirkan 1000 usahawan dengan pendapatan minima RM2000 sebulan pada tahun 2022 dan 100 jutawan Qaseh Gold menjelang tahun 2024. Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi saudari Aqila pada talian 019-3388297.

Untuk maklumat lebih lanjut sila layari Laman Sesawang, Facebook, dan Instagram 

No comments:

Post a Comment

Please Leave a Comment to show some Love ~ Thanks