Pelancaran AXA AFFIN Health for Life AXN Big Challenge 2012 bersama Allan Wu


Berita gempak untuk semua peminat aktiviti lasak yang mencabar. Adakah anda bersedia untuk mengharungi pertarungan paling mencabar dalam kumpulan jantina masing-masing untuk merangkul hadiah berjumlah RM84,000. Ketahui lebih lanjut mengenai ‘Health For Life’ AXN Big Challenge bersama Allan Wu. 

 Bersedia berlari and melompat macam Allan Wu semasa AXN Big Challenge 2012

Beberapa hari yang lepas, saya sempat menghadiri pelancaran AXA AFFIN Health for Life AXN Big Challenge 2012 emcee oleh Allan Wu di Hotel The Royale Chulan KL. 

Allan Wu, Loke Kah Meng dan Jack Lim

Mr. Loke Kah Meng, Chief Executive Officer of AXA AFFIN Life Insurance Berhad dan Mr. Jack Lim, Vice President of Advertising Sales and Marketing, Networks, Asia, Sony Pictures Television di pelancaran rasmi The AXA AFFIN Health for LIFE AXN Big Challenge 2012. 

AXN sekali lagi telah bekerjasama dengan AXA AFFIN Life Insurance Berhad untuk mempersembahkan musim kedua AXA AFFIN AXN Big Challenge Malaysia. Kali ini, AXN Big Challenge kembali dengan acara lebih besar dan lasak. Sebelum ini, AXA AFFIN AXN Big Challenge musim pertama menyaksikan lebih daripada 1,400 rakyat Malaysia di seluruh Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor menguji tahap fizikal dan mental mereka.

Dengan inovasi lebih berani dimasukkan dalam format pertandingan asal, AXA AFFIN Health for LIFE AXN Big Challenge membawakan cabaran fizikal dan mental yang lasak ke tahap yang semuanya serba baru untuk para peserta. Malah, penganjur turut mengadakan cabaran terbuka untuk lelaki dan perempuan yang akan bersaing sesama sendiri bertarung dalam kumpulan jantina mereka sendiri untuk menjadi salah satu daripada 3 peserta terbaik di setiap negeri! 3 pemenang utama bagi kedua-dua kategori lelaki dan wanita akan dipilih dari Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor.

Seronok melihat beberapa ahli media dan kawan yang menyertai 
aktiviti pertandingan Mini Challenge

 Allan memberi penerangan singkat dan langkah-langkah Mini Challenge

 demo 





 Max berjaya menghabiskan ketiga-tiga cabaran Mini Challenge

 Zamzahuri pemenang Mini Challenge winner dengan masa yang paling laju bersama Jack Lim dan Allan Wu

AXN sekali lagi telah bekerjasama dengan AXA AFFIN Life Insurance Berhad untuk mempersembahkan musim kedua AXA AFFIN AXN Big Challenge Malaysia. Kali ini, AXN Big Challenge kembali dengan acara lebih besar dan lasak. Sebelum ini, AXA AFFIN AXN Big Challenge musim pertama menyaksikan lebih daripada 1,400 rakyat Malaysia di seluruh Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor menguji tahap fizikal dan mental mereka.

Dengan inovasi lebih berani dimasukkan dalam format pertandingan asal, AXA AFFIN Health for LIFE AXN Big Challenge membawakan cabaran fizikal dan mental yang lasak ke tahap yang semuanya serba baru untuk para peserta. Malah, penganjur turut mengadakan cabaran terbuka untuk lelaki dan perempuan yang akan bersaing sesama sendiri bertarung dalam kumpulan jantina mereka sendiri untuk menjadi salah satu daripada 3 peserta terbaik di setiap negeri! 3 pemenang utama bagi kedua-dua kategori lelaki dan wanita akan dipilih dari Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor.

Sejumlah hadiah wang tunai bernilai RM84,000 sedia untuk dimenangi:

Hadiah pertama - RM8,000
Hadiah Ke-2 - RM4,000
Hadiah Ke-3 - RM2,000


Tarikh dan tempat bagi setiap negeri adalah seperti berikut:


Pada hari-hari berlangsungnya AXA AFFIN Health for LIFE AXN Big Challenge, penganjur akan mengadakan acara karnival kesihatan yang terdiri daripada aktiviti gerai yang sesuai untuk semua orang tanpa mengira usia. Selain daripada permainan yang menyeronokkan, pengunjung juga boleh melawat gerai penjagaan kesihatan dan gerai perancangan kewangan di mana mereka boleh meninjau serta menerima nasihat-nasihat mengenai kesihatan hidup dan perancangan kewangan daripada pakar AXA AFFIN.

Rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas dijemput untuk mendaftar di www.axn-asia.com/AXNBigChallenge/my untuk Pusingan Kelayakan sebelum tarikh akhir setiap negeri masing-masing. Bagi mereka yang terlepas tarikh akhir pendaftaran online, mereka masih boleh layak untuk menyertai Big Challenge jika mereka mendaftar dan lulus Pusingan Kelayakan di tempat masing-masing pada hari ia diadakan. Selain pendaftaran online dan pendaftaran di lokasi acara pada hari ia berlangsung, AXA AFFIN AXN Big Challenge turut mengadakan Jelajah Pra-Promosi yang akan melalui pusat membeli-belah yang bertrafik tinggi di ketiga-tiga negeri tersebut sebelum hari pertarungan sebenar, di mana peserta yang berminat boleh mangambil bahagian dalam Pusingan Kelayakan di situ.

Hanya 100 peserta di setiap negeri yang berjaya melengkapkan Pusingan Kelayakan dalam masa terpantas akan meneruskan ke Cabaran Utama. Hanya 10 peserta yang berjaya menamatkan Cabaran Utama dalam masa yang terpantas akan layak ke Cabaran Akhir dan bersaing untuk menjadi salah satu daripada 3 pemenang utama.

Antara tarikan unik untuk tahun ini termasuk penggunaan alat media sosial yang membolehkan peserta berkongsi keseronokan mereka secara serta-merta. Peserta yang berminat boleh mendaftarkan diri mereka dan berkongsi pengalaman cabaran mereka di akaun Facebook atau akaun Twitter AXN. Peminat juga akan berpeluang untuk memenangi hadiah semasa Big Challenge apabila mereka tweet dan memuat naik gambar di Twitter atau Instagram mereka dengan hashtag #AXNAXABIGChallenge. Pemenang akan dipilih setiap jam semasa Big Challenge.

Terlepas perluangan menyertai AXA AFFIN AXN Big Challenge tahun lepas dan ingin mengetahui lebih lanjut tentang cabaran yang akan datang?

Adakah anda telah mendaftar menyertai pertarungan ini?

Layari www.axn-asia.com/AXNBigChallenge/my untuk maklumat lanjut

AXN Asia Facebook Page

1 comment:

  1. HI. Saya received call tapi x dapat email from axn. so pergi je ke?

    ReplyDelete

COMMENT to show some LOVE ~ Thanks