Majlis Ihya Ramadan Royale Kukur Bersama Anak Yatim & Asnaf

Salam Ramadan, baru-baru Pertubuhan Amal Bakti SeMalaysia bersama Kawasan Rukuntetangga (KRT) PPR Intan Baiduri dan Syarikat Impian Ramai F&B Sdn. Bhd. telah menganjurkan Majlis Ihya Ramadan Royale Kukur Bersama seramai 150 orang anak-anak yatim dan asnaf di Pusat Komuniti PPR Intan Baiduri Kepong. Majlis tersebut turut dimeriahkan oleh selebriti artis YM Tengku Putri Najuwa yang juga merupakan artis Kolaborasi produk Royale Kukur bagi Syarikat Impian Ramai F&B Sdn Bhd.

Majlis Ihya Ramadan Royale Kukur Bersama Anak Yatim & Asnaf

Pertubuhan Amal Bakti SeMalaysia

Pertubuhan Amal Bakti SeMalaysia telah ditubuhkan pada 3 September 2010 dengan slogan ‘Perpaduan Membawa Keharmonian’. Pertubuhan ini diasaskan oleh YM Tengku Datin Nazaziah Bt Tengku Abdullah yang juga merupakan Pengerusi Syarikat Impian Ramai F&B Sdn Bhd dan diterajui bersama Yang DiPertua Dato’ Zariah Bt Ali.

Majlis Ihya Ramadan Pertubuhan Amal Bakti SeMalaysia bersama KRT PPR Intan Baiduri & Royale Kukur Syarikat Impian Ramai F&B Sdn Bhd

Selain aktif menjalankan aktiviti-aktiviti kerja amal kebajikan dan memperjuangkan serta membantu insan-insan kekurangan yang memerlukan bantuan seperti warga emas, ibu tunggal, bapa tunggal, anak-anak yatim, golongan OKU dan golongan Asnaf; Pertubuhan Amal Bakti SeMalaysia juga sentiasa memberi sokongan moral kepada sukarelawan dan sukarelawati dalam membantu mangsa-mangsa banjir, bencana alam, dan seumpamanya.

YM Tengku Putri Najuwa artis Kolaborasi produk Royale Kukur bagi Syarikat Impian Ramai F&B Sdn Bhd

YM Tengku Putri Najuwa

YM Tengku Putri Najuwa salah seorang daripada kerabat di raja Pahang amat berbesar hati dan gembira dapat meluangkan masa bersama anak-anak yatim dan asnaf untuk bersama-sama berbuka puasa di bulan Ramadan tahun ini selepas 2 tahun negara dalam lockdowm disebabkan oleh pandemik Covid-19.

Putri Najuwa telah disuntik untuk menjadi artis kolaborasi produk Royale Kukur sepanjang bulan Ramadan ini bersesuaian dengan minat Putri Najuwa yang gemar memasak dan mengamalkan gaya pemakanan yang sihat. Beliau juga amat menitikberatkan tentang kecantikan luaran dan dalaman.

Royale Kukur Keluaran Syarikat Impian Ramai F&B Sdn Bhd

Royale Kukur Keluaran Syarikat Impian Ramai F&B Sdn Bhd

Syarikat Impian Ramai F&B Sdn Bhd pengeluar produk berasaskan Cendawan Kukur lebih dikenali dengan nama Kulat Sisir merupakan syarikat pengeluar terulung dalam pasaran di Malaysia. Syarikat milik 100 peratus bumiputera itu telah ditubuhkan pada 7 Januari 2021.

Royale Kukur Mendapat Anugerah Asean Food & Travel Awards 2022
Excellence in Kukur Mushroom 2022

Royale Kukur Mendapat Anugerah Asean Food & Travel Awards 2022

Pada 31 March 2022 baru-baru ini, syarikat Impian Ramai F&B Sdn Bhd Produk Royale Kukur telah di anugerahkan (Excellence in Kukur Mushroom 2022) oleh Asean Food & Travel Awards 2022 sebagai pengeluar produk cendawan kukur yang pertama di Malaysia. Sempena bulan ramadan yang mulia ini, Royale Kukur bekerjasama dengan selebriti artis YM Tengku Putri Najuwa bagi mempromosikan produk Royale Kukur. 

Royale Kukur Mendapat Anugerah Asean Food & Travel Awards 2022

Puan Azera Bt Abu Hussan selaku Ketua Pengarah Eksekutif yang juga merupakan anak saudara sulung kepada YM Tengku Datin Nazaziah dan YM Tengku Roziah, telah memulakan langkah dalam penanaman dan pengeluaran cendawan kukur berdasarkan pengalaman beliau di dalam bidang pertanian hampir 10 tahun.

Royale Kukur Mendapat Anugerah Asean Food & Travel Awards 2022

Royale Kukur berhasrat dapat mendidik masyarakat tentang pelbagai kelebihan dan kebaikan cendawan kukur yang bukan sahaja sedap dijadikan hidangan makanan, tetapi juga banyak khasiat untuk kesihatan. Cendawan kukur merupakan salah satu sumber keperluan tambahan untuk protein, tinggi anti-oksidan, kaya dengan vitamin B dan D serta dapat menguatkan sistem imun.

Produk Royale Kukur ~ Sambal Hijau Kukur, Dendeng Kukur, Kari Kukur, Soup Berkrim Kukur, dan Masak Lemak Kukur 

Produk Royale Kukur 

Semua resepi lebih tertumpu kepada masakan Melayu seperti Dendeng, Masak Lemak, dan Sambal Hijau mengikut selera rakyat Malaysia. Produk lain seperti Sup Berkrim dan Kari yang menepati selera sesuai untuk semua peringkat umur. Kelainan aromatiknya turut menjadikan cendawan kukur bahan yang unik untuk dijadikan produk makanan.

  • Sambal Hijau Kukur
  • Dendeng Kukur
  • Kari Kukur
  • Soup Berkrim Kukur
  • Masak Lemak Kukur 

Perancangan Produk Royale Kukur 

Syarikat Impian Ramai F&B Sdn Bhd ingin meluaskan lagi pasaran Royale Kukur ke seluruh dunia bagi memperkenalkan cendawan kukur sebagai cendawan Malaysia kerana ramai yang masih tidak mengenali keenakan dan kebaikannya. Pada masa yang sama, syarikat merancang untuk mengeluarkan lebih banyak produk makanan, minuman serta kesihatan dan kecantikan berasaskan cendawan kukur.

Royale Kukur menggunakan pendekatan modul ‘business to business’ dengan menyediakan platform latihan dan pembangunan kerjaya untuk agen dan masih lagi membuka peluang untuk mereka yang berminat untuk menjadi agen berdaftar di seluruh negeri.

Royale kukur berhasrat untuk membantu mereka yang terkesan akibat pandemik termasuk golongan suri rumah dan mereka yang tidak bekerja untuk menjana pendapatan sampingan.

Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut, sila layari Website  www.royalekukur.com Facebook, dan Instagram Royale Kukur

6 comments:

  1. Bagusnya kerabat diraja sebegini kan. Moga lebih banyak kerabat yang bangun dan membantu rakyat yang memerlukan.

    ReplyDelete
  2. Wah tengok post ni memang terus lapar. Hehe. Baru ye produk ni kat pasaran sebab sis tak pernah nampak lagi. Sis teringin nak try dendeng kukur tu.

    ReplyDelete
  3. This is a good charity program. It's great that you experience it. Thank you for sharing.

    ReplyDelete
  4. oh nice, congrats to Royale Kukur for all the success. the ambassador look good

    ReplyDelete
  5. Ohh wowo... that's a meaningful nice initiative, wishing more corporates would be involving in these kind of activities. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  6. Terbaiklah Royale Kukur menyantuni anak-anak yatim dan asnaf. Semoga terus maju jaya

    ReplyDelete

Please Leave a Comment to show some Love ~ Thanks