HYdeout UPIN & IPIN: KAMPUNG IN THE CITY Di Grand Hyatt Kuala Lumpur

Bertemu kembar animasi kesayangan Malaysia di HYdeout UPIN & IPIN: KAMPUNG IN THE CITY, Grand Hyatt Kuala Lumpur baru baru ini. HYdeout telah berjaya mencipta nama sebagai tempat makan bertema mesra keluarga dan memberi pengalaman pembelajaran yang menyeronokan, pertama di Grand Hyatt Kuala Lumpur.  

HYdeout UPIN & IPIN, KAMPUNG IN THE CITY, Grand Hyatt Kuala Lumpur, Les’Copaque, Lifestyle
HYdeout UPIN & IPIN: KAMPUNG IN THE CITY Di Grand Hyatt Kuala Lumpur

Berikutan kejayaan tema ‘Dinotopia’ pada Disember 2022,  Pada 9 April 2022 sekali lagi pihak hotel memperkenalkan tema  eksklusif  dengan menampilkan Pemenang Anugerah paling disayangi Di Malaysia, dalam siri animasi iaitu - Upin & Ipin.

HYdeout UPIN & IPIN, KAMPUNG IN THE CITY, Grand Hyatt Kuala Lumpur, Les’Copaque, Lifestyle
HYdeout UPIN & IPIN: KAMPUNG IN THE CITY Di Grand Hyatt Kuala Lumpur

HYdeout telah berkembang dengan maju sejak menampilkan tema klasik yang serasi dengan golong muda, seperti “Spookyville” dan “Dinotopia”. Terima kasih kepada semua rakan-rakan kongsi yang kreatif, La Memoria, syarikat pengurusan acara dalam bersama-sama menghasilkan idea hiasan bertema yang luar biasa di HYdeout. 

HYdeout UPIN & IPIN, KAMPUNG IN THE CITY, Grand Hyatt Kuala Lumpur, Les’Copaque, Lifestyle
Olivier Lenoir, Pengurus Besar, Grand Hyatt Kuala Lumpur

“Untuk membolehkan kami terus mengekalkan momentum, idea-idea yang menarik menjadi satu keperluan buat kami untuk terus mendukung objektif HYdeout yang ingin menonjolkan keseronokkan keluarga. Kami juga berharap dengan membawa tema “Kampung In the City” akan memberi kesan mahupun impak yang baik buat tetamu tempatan mahupun antarabangsa, sama seperti pengalaman kami rasai.  Kami berbesar hati untuk berkerjasama dengan Les’Copaque Production, yang merupakan perintis syarikat Animasi terkemuka di Malaysia, dan juga pencipta Animasi nombor satu Malaysia iaitu Upin & Ipin, untuk merealisasikan visi yang kami percaya akan dengan tema yang ditetapkan akan menggamit zaman nostalgia keluarga ketika mengembara di suasana kampung, kata Olivier Lenoir, Pengurus Besar Grand Hyatt Kuala Lumpur.

HYdeout UPIN & IPIN, KAMPUNG IN THE CITY, Grand Hyatt Kuala Lumpur, Les’Copaque, Lifestyle
Pengarah Urusan dan Penerbit Les’Copaque Production, Haji Burhanuddin Md Radzi

Kejayaan luar biasa watak-watak eponim yang dipamerkan dalam siri pengembaran telah menjadi bualan hangat dikalangan rakyat Malaysia, ini membuktikan bahawa nama tempatan mampu melonjak naik. Pengarah Urusan dan Penerbit Les’Copaque Production, Haji Burhanuddin Md Radzi berkongsi,  “Ini merupakan satu kebanggaan dan keistimewaan buat kami apabila dapat bekerjasama dengan Grand Hyatt Kuala Lumpur bagi tema baru HYdeout kerana kami dapat menghidupkan elemen-elemen Upin & Ipin di luar layar skrin. Kami berhasrat agar dapat memupuk masyarakat tentang budaya tempatan dan hiburan tradisional bermula dari pengembaraan Upin & Ipin. Pengembaraan ini menjadi laluan untuk kita menghargai asal usul dan menghidupkan kenangan zaman kanak-kanak di tengah arus pemodenan. Terima kasih kepada HYdeout, kami berharap pengalaman yang unik ini akan memupuk rasa keakraban yang sama dalam kalangan peminat Upin & Ipin malah memperoleh peminat yang baru.”

HYdeout UPIN & IPIN, KAMPUNG IN THE CITY, Grand Hyatt Kuala Lumpur, Les’Copaque, Lifestyle
HYdeout UPIN & IPIN: KAMPUNG IN THE CITY Di Grand Hyatt Kuala Lumpur

Tema baru “Kampung in The City” di HYdeout meraikan pelbagai keunikan dan tarikan Upin dan Ipin sebagai tema utama ruangan yang telah disediakan, serta pelbagai tawaran menarik disajikan, seperti makanan bufet yang lazat sehingga ke hiburan seperti permainan, messy play, permainan tradisional, aktiviti mewarna wau, sudut bacaan, gerai carnival, dinding 3D, tayangan filem dan pelbagai lagi. Kanak-kanak juga bakal dikejutkan dengan penampilan khas Upin & Ipin.

HYdeout UPIN & IPIN, KAMPUNG IN THE CITY, Grand Hyatt Kuala Lumpur, Les’Copaque, Lifestyle
HYdeout UPIN & IPIN: KAMPUNG IN THE CITY Di Grand Hyatt Kuala Lumpur

HYDEOUT UPIN & IPIN: KAMPUNG IN THE CITY

Bulan Ramadhan

Tarikh: 9 – 30 April 2022

Masa: 06.30 PM – 10.00 PM setiap hari

Harga: RM248 untuk dewasa | RM168 untuk kanak-kanak


Waktu Biasa

Tarikh: 6 Mei 2022 dan seterusnya

Masa :11:00 AM – 02:00 PM | Sabtu & Ahad

07:00 PM – 10:00 PM | Sabtu sahaja

Harga: RM248 untuk dewasa | RM168 untuk kanak-kanak

Untuk maklumat lebih lanjut, pertanyaan, dan tempahan, sila layari Grand Hyatt Kuala Lumpur HYdeout Upin & Ipin Laman Web, atau hubungi +60 3 2182 1234 atau email hydeout.kuagh@hyatt.com

1 comment:

  1. Bagusnya hotel ada buat macam ni. Anak-anak mesti suka

    ReplyDelete

Please Leave a Comment to show some Love ~ Thanks