HPPK2022: Konvensyen Hari Penjaja & Peniaga Kecil

Baru-baru ini, YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri telah merasmikan Konvensyen Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 (HPPK2022) bertempat di Putrajaya International Convention Centre (PICC) hari ini. Seramai 2,500 penjaja dan peniaga kecil dari seluruh negara hadir ke HPPK2022 anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).

HPPK2022, Konvensyen Hari Penjaja & Peniaga Kecil, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, KUSKOP, Lifestyle
HPPK2022: Konvensyen Hari Penjaja & Peniaga Kecil 

HPPK disambut pada 18 November setiap tahun dan ini merupakan tahun kesepuluh sambutan di peringkat kebangsaan. Konvensyen HPPK2022 disertai rakan strategik KUSKOP seperti Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia (GPPPKMM), Gabungan Persatuan dan Penjaja Malaysia (G3PM), Yayasan Peniaga Kecil dan Penjaja Malaysia serta Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil India di negeri Selangor.

HPPK2022, Konvensyen Hari Penjaja & Peniaga Kecil, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, KUSKOP, Lifestyle

Perdana Menteri menyampaikan Anugerah Kecemerlangan Peserta Pemantapan Penjaja dan Peniaga Kecil kepada 16 orang penerima yang berjaya menunjukkan kemajuan memberangsangkan dalam perniagaan setelah mengikuti latihan melalui program keusahawanan anjuran KUSKOP.

HPPK2022, Konvensyen Hari Penjaja & Peniaga Kecil, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, KUSKOP, Lifestyle

Manakala Anugerah Khas Jasamu Dikenang diberikan kepada Allahyarham Dato’ Haji Ramli bin Norani iaitu mantan Presiden GPPPKMM dan juga ahli Majlis Perundingan Penjaja dan Peniaga Kecil (M3PK) sebagai mengiktiraf sumbangan beliau dalam memperjuangkan nasib komuniti penjaja dan peniaga kecil di Malaysia sejak tahun 2012.

HPPK2022, Konvensyen Hari Penjaja & Peniaga Kecil, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, KUSKOP, Lifestyle

Terlebih dahulu Perdana Menteri di dalam ucapan perasmiannya mengucapkan syabas kepada komuniti penjaja dan peniaga kecil yang memberi sumbangan secara langsung kepada pertumbuhan ekonomi negara.

HPPK2022, Konvensyen Hari Penjaja & Peniaga Kecil, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, KUSKOP, Lifestyle

Beliau turut menyatakan pendirian Kerajaan Perpaduan untuk terus komited menyediakan sebuah ekosistem keusahawanan yang holistik dan kondusif kepada komuniti ini serta menzahirkan keyakinan terhadap KUSKOP untuk menerajui agenda keusahawanan negara selaras Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030).

HPPK2022, Konvensyen Hari Penjaja & Peniaga Kecil, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, KUSKOP, Lifestyle

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Datuk Ewon Benedick dalam majlis yang sama menyatakan komitmen KUSKOP untuk terus membantu memperkasa golongan penjaja dan peniaga kecil selaku penyumbang utama kepada pengukuhan dan kestabilan ekonomi negara.

Hadir bersama di majlis perasmian adalah Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Senator Puan Saraswathy Kandasami dan YBhg. Dato’ Sri Suriani binti Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha KUSKOP.

HPPK2022, Konvensyen Hari Penjaja & Peniaga Kecil, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, KUSKOP, Lifestyle

Untuk maklumat lebih lanjut tentang HPPK2022: Konvensyen Hari Penjaja & Peniaga Kecil, sila layari KUSKOP MALAYSIA 

Laman Web: https://www.facebook.com/OfficialKUSKOPMalaysia/

Facebook: https://www.facebook.com/OfficialKUSKOPMalaysia/

Instagram: https://www.instagram.com/officialmedmalaysia/

#HPPK22 #HariPenjajaDanPeniagaKecil #HariPenjajaDanPeniagaKecil2022 #KUSKOPrihatin #BerkerjasamaBersamaRakyat 

4 comments:

  1. Wow... this is an awesome event. I need to participate this kinda event for my small business in the future. Thank you for sharing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, its to help the small traders and business

      Delete
  2. That's absolutely a good initiative for all SMR business owners, thanks for sharing this. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete

Please Leave a Comment to show some Love ~ Thanks