Panggung Tok Ram: Misi Pencarian Bakat Secara Digital

Sis nak bagi tau, ini bukan klise… Panggung Tok Ram Mahu Memperkasa Budaya Menyanyi. Baru-baru ni, sis menghadiri sidang media Panggung Tok Ram yang dianjurkan oleh Datuk Ramli MS di Ladang 16, Farm Fresh @ UPM, Serdang. Panggung Tok Ram akan memulakan misi pencarian bakat anak muda yang berpotensi secara digital.

Panggung Tok Ram, Misi Pencarian Bakat Secara Digital, Datuk Ramli MS, Ladang 16, Farm Fresh @ UPM, Farm Fresh, Lifestyle
Panggung Tok Ram: Misi Pencarian Bakat Secara Digital 

Penjenamaan Datuk Ramli MS dalam dunia seni yang sudah cukup kukuh dan berkaliber membuat meastro muzik tanah air ini terbit dengan program realiti sendiri. Ini bukan program realiti picisan semata-mata, platform Panggung Tok Ram ini dicetuskan untuk mencari bakat-bakat baharu seawal usia 14 hingga 18 tahun.

Panggung Tok Ram, Misi Pencarian Bakat Secara Digital, Datuk Ramli MS, Ladang 16, Farm Fresh @ UPM, Farm Fresh, Lifestyle
Datuk Ramli MS

Menurut Datuk Ramli MS, beliau ingin mencungkil bakat baru and melatih mereka dengan cukup teliti sebelum dilepaskan dengan 'bergaya' sebagai salah satu bakat baharu yang akan menyambung legasi muzik tanah air dengan ilmu penuh di dada.

Memegang prinsip era digital adalah era masa hadapan, Panggung Tok Ram yang mendapat tajaan penuh dari Farm Fresh ini mempunyai misi yang cukup besar. Tok Ram bukan mahu mencari bakat yang berada di gelanggang seni setahun dua, namun beliau mahu melatih dan membiak anak seni yang sentiasa segar and mampu maintain dalam industry bertahun lamanya.

Panggung Tok Ram, Misi Pencarian Bakat Secara Digital, Datuk Ramli MS, Ladang 16, Farm Fresh @ UPM, Farm Fresh, Lifestyle

"Panggung Tok Ram adalah sebuah platform untuk membiakkan pencinta seni iaitu penyanyi dan semua cabang seni.

"Saya akan salurkan data selama 47 tahun kepada pelapis seawal usia 14 tahun. Apa yang ada dalam kepala saya, saya akan pindahkan kepada mereka. Mereka mungkin bertuah tetapi ini bukan kerja senang.

"Kami mahukan pelapis yang mempunyai bakat yang dikurniakan tuhan dan juga ada minda yang cergas. Mereka akan mendapat sesuatu yang intelektual kerana saya akan mengajar. Saya mahu melatih otak mereka (train the brain)”, kata Tok Ram mengenai inisiatif yang diambilnya ini.

Tambah Tok Ram, Panggung Tok Ram tidak akan menjadi sebuah panggung yang klise. Sebaliknya beliau mengatakan mahu bertanggungjawab memperkasa budaya menyanyi selain mahu mengasah pengetahuan tatasusila seni.

"Saya bukan seorang pemimpi. Saya orang fizik. Ini bukan hanya harapan tapi melalui Panggung Tok Ram, saya mahu merekacipta seseorang menjadi artis," katanya. 

Panggung Tok Ram, Misi Pencarian Bakat Secara Digital, Datuk Ramli MS, Ladang 16, Farm Fresh @ UPM, Farm Fresh, Lifestyle

Kelak Panggung Tok Ram akan memulakan pencarian bakat yang berpotensi untuk dicungkil kualiti mereka secara digital. Pencarian akan memakan masa beberapa bulan sebelum Tok Ram dan pihak Farm Fresh menilai faktor X yang diperlukan untuk program ini.

Meletakkan bakat nyanyian sebagai keutamaan dalam Panggung Tok Ram, namun pihak mereka tidak menolak sekiranya ada bakat yang dilihat mampu mengalir ke aliran lakonan.

Panggung Tok Ram, Misi Pencarian Bakat Secara Digital, Datuk Ramli MS, Ladang 16, Farm Fresh @ UPM, Farm Fresh, Lifestyle
Panggung Tok Ram: Misi Pencarian Bakat Secara Digital 
Untuk peserta yang berminat, boleh menghantar demo nyanyian melalui whatsapp ke nombor berikut 013- 6268839

Untuk peserta yang berminat, boleh menghantar demo nyanyian melalui whatsapp ke nombor berikut: 013- 6268839

Yang berminat! Jangan lepaskan peluang untuk menimba ilmu dan mendapatkan sebuah pengetahuan seni yang berkualiti daripada meastro Tok Ram.

No comments:

Post a Comment

Please Leave a Comment to show some Love ~ Thanks