ALIFE AGAIN: Mencipta Masa Depan Baru Untuk Industri Acara Langsung

Sejak MCO and CMCO, bilakah kali terakhir anda meghadiri event? Dah lama dah… sekarang kebanyakan event dah buat secara virtual and live. Baru-baru ini juga, kita sempat menghadiri siding media ALIFE AGAIN Forum 2021 secara virtual. Banyak norma baru disebabkan oleh pandemik Covid 19 and ianya juga mengancam industri acara langsung (live events) yang belum pernah terjadi selama ini, Persatuan Penggiat Festival Antarabangsa (ALIFE) mengharapkan agar tahun baru ini akan memberi pencerahan menuju pemulihan. 

ALIFE AGAIN, Mencipta Masa Depan Baru Industri Acara Langsung, Alife Again Forum 2021, Ilya Kravtsov, Pouch Nation, Kim Lim, Cendana, Lifestyle
ALIFE AGAIN: Mencipta Masa Depan Baru Untuk Industri Acara Langsung

Sebahagian besar inisiatif ALIFE 2020 ialah untuk melibatkan kerjasama pihak berkuasa yang relevan dalam usaha membenarkan acara secara langsung ini dapat dilaksanakan dengan selamat bersama pelaksanaan protokal kesihatan yang ketat.

Para Rajagopal

“Tahun 2020 merupakan tahun yang sangat sulit buat industri kami dan jalan penyelesaiannya sangat lambat dan tidak konsisten. Pihak ALIFE berkomitmen untuk terus berusaha untuk mengjangkau semua pihak yang berkepentingan dalam sektor swasta dan agensi kerajaan bagi mencari penyelesaian jangka panjang dan kelanjutan untuk menuju pemulihan industri acara langsung melalui Forum ALIFE AGAIN,” tegas Para R. yang merupakan Pengerusi ALIFE.

ALIFE AGAIN, Mencipta Masa Depan Baru Industri Acara Langsung, Alife Again Forum 2021, Ilya Kravtsov, Pouch Nation, Kim Lim, Cendana, Lifestyle
ALIFE AGAIN: Mencipta Masa Depan Baru Untuk Industri Acara Langsung

ALIFE AGAINMencipta Masa Depan Baru Untuk Industri Acara Langsung dijadualkan berlangsung pada 21 Januari 2021 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dan akan dipersembahkan dalam bentuk acara hibrid dengan sebilangan kecil peserta langsung serta penyertaan dalam talian.

Forum yang akan menampilkan sekumpulan ahli panel yang berpengalaman dalam pelbagai bidang berkaitan ekosistem siaran langsung akan menangani topik-topik seperti menghidupkan kembali industri hiburan tempatan, perubahan landskap persembahan secara langsung di seluruh dunia dan teknologi dalam transmisi migitati, dana kerajaan & bantuan kewangan serta prosedur standard operasi dan kelulusan acara. 

ALIFE AGAIN, Mencipta Masa Depan Baru Industri Acara Langsung, Alife Again Forum 2021, Ilya Kravtsov, Pouch Nation, Kim Lim, Cendana, Lifestyle
Datuk M. Nasir


Antara ahli panel yang bakal menyertai forum ini adalah legenda muzik Malaysia, Datuk M.Nasir, Encik Rajasingham yang merupakan Pengarah Urusan BAC Education Group, Ilya Kravtsov Ketua Pegawai Eksekutif Pouch Nation yang merupakan sebuah syarikat teknologi acara terkemuka, Kim Lim yang merupakan Pengarah Kanan Celebrity 360, Universal Music, wakil dari agensi kerajaan termasuk Cendana dan MyCreative dan ramai lagi. Sesi ini juga menampilkan ahli panel dari industri hiburan langsung dari seluruh rantau ini. 

ALIFE AGAIN, Mencipta Masa Depan Baru Industri Acara Langsung, Alife Again Forum 2021, Ilya Kravtsov, Pouch Nation, Kim Lim, Cendana, Lifestyle
Ilya Kravtsov Ketua Pegawai Eksekutif Pouch Nation

Dengan kumpulan penggerak dan nama-nama besar industri berkongsi pengalaman dan pengetahuan mereka, forum ini akan menyediakan platform yang hebat untuk para peserta untuk belajar, adaptasi dan melaksanakan strategi untuk kesinambungan semula acara secara langsung selepas wabak.

ALIFE AGAIN, Mencipta Masa Depan Baru Industri Acara Langsung, Alife Again Forum 2021, Ilya Kravtsov, Pouch Nation, Kim Lim, Cendana, Lifestyle
Kim Lim yang merupakan Pengarah Kanan Celebrity 360, Universal Music,

Sebagai infomasi dua bulan lalu, industri secara langsung melalui ALIFE telah mengirimkan SOS kepada Kementerian dan agensi kerajaan berkenaan usaha menyelamatkan industri selepas semakin banyak pengendali, pembekal, kru dan pekerja dipaksa berhenti dan keluar dari sektor ini.

ALIFE AGAIN, Mencipta Masa Depan Baru Industri Acara Langsung, Alife Again Forum 2021, Ilya Kravtsov, Pouch Nation, Kim Lim, Cendana, Lifestyle
Encik Rajasingham yang merupakan Pengarah Urusan BAC Education Group

Dua bulan kemudian, walaupun terdapat banyak sektor ekonomi yang dibenarkan memulakan operasi beserta pematuhan ketat terhadap prosedur operasi standard yang diluluskan oleh Majlis Keselamatan Nasional, industri siaran langsung berada dalam Aktiviti Terhad Majlis Keselamatan Nasional (Senarai Aktiviti Dilarang).

ALIFE terus menuntut kepimpinan proaktif dari Kerajaan dalam membantu industri secara langsung. Untuk maklumat lanjut atau butiran forum, sila emel alifecouncil@gmail.com

Pendaftaran FORUM ALIFE AGAIN adalah percuma dan dibuka kepada semua pengamal acara langsung yang berminat dengan dasar ‘first come first serve’. Pendaftaran dibuka pada hari Khamis, 6 Januari 2021 melalui www.alife.my

7 comments:

  1. The current season is really hard to hold an event. Hope they have the best way.

    ReplyDelete
  2. Program yang bagus ni sebab boleh bagi input untuk mereka yang terlibat dengan live show kan. Sbb tgh covid ni, mmg terkesan

    ReplyDelete
  3. Semoga semua berjalan dengan lancar dan tercapai matlamat yang diharapkan.

    ReplyDelete
  4. Bagus sangat.. Memang industri kita dalam seni perlu dipertingkatkan.. Perlu ada kersjasama supaya lebih padu

    ReplyDelete
  5. Wahh free jaa, rugi siapa yang tak join ni

    ReplyDelete
  6. Bagus juga mcm ni, jadi industri akan terus berkembang maju

    ReplyDelete
  7. Moga semua nya dalam keadaan baik sahaja. Apatah lagi dah strt pkp balik ni.

    ReplyDelete

Please Leave a Comment to show some Love ~ Thanks