10 Tips Tipu Bini from Awie @ Astro First

Selamat Tahun Baru! Wah… baru jer masuk 2021 dah macam ni. Serious ke Awie nak bagi 10 Tips Tipu Bini??? Biar betul, kita pun nak tau tips tips macam ni. Jom terjah and find out! Baru-baru pelakon dan penyanyi rock terkenal Dato Ahmad Azhar Othman atau lebih dikenali dengan nama Dato’ Awie membuka tirai tahun 2021 dengan sebuah projek yang tak kalah hebatnya.

10 Tips Tipu Bini, Dato Awie, Dato Ahmad Azhar Othman, Astro First, hir Rahman, Ropie, Joey Daud, Vicha, Jehan Miskin, Nasir Bilal Khan, Atu Zero, Azlee Senario, Nazia Mustafar
10 Tips Tipu Bini from Awie @ Astro First


Buat julung kalinya Dato’ Awie menerbitkan sebuah filem komedi di bawah terbitan Rumah Produksi Merah Sdn. Bhd. berjudul ‘10 Tips Tipu Bini’, yang diarahkan oleh Azizi ‘Chunk’ Adnan, manakala skrip ditulis oleh Armada Al Haq. Filem ini akan membuka tirai Astro First bagi tahun 2021 dan bakal menemui penonton Di Pawagam Rumah Anda, Astro First saluran 480 mulai 7 Januari 2021.

10 Tips Tipu Bini, Dato Awie, Dato Ahmad Azhar Othman, Astro First, hir Rahman, Ropie, Joey Daud, Vicha, Jehan Miskin, Nasir Bilal Khan, Atu Zero, Azlee Senario, Nazia Mustafar
10 Tips Tipu Bini  @ Astro First on 7 Jan 2021

Ingat tau, beberapa hari lagi, you and me akan terhibur denpan tips tips tipu bini. 10 Tips Tipu Bini menampilkan barisan pelakon terkenal tanah air yang akan mencuit hati penonton dengan karakter dan komedi mereka yang bersahaja seperti Khir Rahman, Ropie, Joey Daud, Vicha, Jehan Miskin, Nasir Bilal Khan, Atu Zero, Azlee Senario, Nazia Mustafar dan ramai lagi.

10 Tips Tipu Bini, Dato Awie, Dato Ahmad Azhar Othman, Astro First, hir Rahman, Ropie, Joey Daud, Vicha, Jehan Miskin, Nasir Bilal Khan, Atu Zero, Azlee Senario, Nazia Mustafar
Dato’ Awie, Brother Love, Penerbit, dan Pelakon 10 Tips Tipu Bini

Menurut Penerbit dan juga Pelakon 10 Tips Tipu Bini, Dato’ Awie berkata, "Jadi kita bagi tips bagaimana nak tipu bini dan berjaya. Tetapi jangan salah faham bukan saya yang bagi tetapi Brother Love. Malah, menerusi filem komedi ringan ini, kami cuba menyampaikan mesej dan nilai positif kepada penonton. Di mana, buat kaum wanita, ia mungkin boleh dijadikan rujukan dan membuka mata mereka, manakala buat kaum lelaki ia boleh dijadikan sebagai ikhtibar dan kesan jika tiada kejujuran dalam sesebuah hubungan", tambah Dato’ Awie lagi yang juga memegang watak sebagai Brother Love.

Sementara itu, Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Filem ini merupakan hasil terbitan pertama oleh Rumah Produksi Merah, jadi pihak kami dengan rasa berbesar hati dan bertanggungjawab untuk memberi sokongan padu buat produksi baru dengan membawakan filem mereka terus kepada penonton di luar sana. Dengan adanya platform Astro First, kami harap ia mampu menyuntik semangat buat penerbit dan pengkarya di luar sana untuk terus rancak menghasilkan konten-konten terbaik buat penonton serta industri filem tempatan.”

10 TIPS TIPU BINI - OFFICIAL TRAILER [HD] 

Ringkasnya, filem berdurasi 104 minit ini mengisahkan tentang 3 sahabat baik (Raffi, Kay dan Jepp). Mereka bekerja sebagai Pengarah Kreatif di sebuah syarikat pengiklanan yang terkenal di Kuala Lumpur bernama Grand Poyo Advertising & Events kepunyaan Dato Dean.

Boleh dikatakan mereka merupakan pekerja yang dedikasi dan mempunyai idea-idea menarik dan hebat. Namun begitu perkara sebaliknya bila mereka berada di rumah masing-masing. Di rumah mereka adalah seorang suami yang terlalu takut dengan isteri masing-masing.

Mereka mempunyai kelab motor berkuasa besar Harley Davidson diberi nama ‘DUBUK LIAR’. Mereka bertiga sedang mengalami masalah ‘Krisis Pertengahan Usia” yang sering melanda para suami di mana mempunyai niat untuk melakukan sesuatu tetapi takut-takut.

10 Tips Tipu Bini, Dato Awie, Dato Ahmad Azhar Othman, Astro First, hir Rahman, Ropie, Joey Daud, Vicha, Jehan Miskin, Nasir Bilal Khan, Atu Zero, Azlee Senario, Nazia Mustafar
3 orang gadis ‘intern’ yang cantik dan muda bekerja di syarikat mereka

Segalanya berubah dengan kehadiran 3 orang gadis ‘intern’ yang cantik dan muda bekerja di syarikat mereka. Di situ mereka mula berangan dan memasang niat nakal untuk memikat tiga orang gadis tersebut untuk dijadikan kekasih masing-masing. Akan tetapi mereka bermasalah dengan kerenah isteri-isteri di rumah. Pelbagai penipuan ‘kiri dan kanan’ direka demi melaksanakan niat-niat mereka itu.

Filem ini juga turut diiringi dengan OST yang digarap sepenuhnya oleh Dato’ Awie iaitu ‘Sang Kekasih’ dan juga ‘Dubuk Liar’. Kedua-dua lagu tersebut dinyanyikan oleh kumpulan rock legenda tanah air, Wings.

Pihak-pihak terbabit adalah T-shirt and chocojar Mouthgasm Crunchy, Cookies Cookies Most Wanted (CMW), penutup muka Mask Kaw, lokasi MATIC, sanitasi tangan Million Pink Sdn Bhd, penyediaan katering Primiera Hotel Kuala Lumpur dan rakan cetak Achik Sdn Bhd.

INGAT!! Saksikan filem 10 Tips Tipu Bini yang akan berada di pawagam rumah anda, Astro First, untuk melanggan sila ke saluran 480. Anda juga boleh strim 10 Tips Tipu Bini di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

No comments:

Post a Comment

Please Leave a Comment to show some Love ~ Thanks