Mylea Melantik Rozita Che Wan Sebagai Duta

Baru-Baru ini, pelakon terkenal Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta dilantik sebagai Duta Mylea produk keluaran Syarikat Amylea Group Sdn Bhd. Jenama Mylea telah memenangi pelbagai penghargaan antaranya Asia Pacific Super Health Brand sejak tahun 2018 hingga sekarang dan baru-baru ini syarikat ini berjaya mendapatkan SME100 AWARDS 2020.

Taniah! Rozita Che Wan aka Che Ta Dilantik Sebagai Duta Mylea

Sidang media khas upacara menandatangani kontrak sebagai duta diadakan khas di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur pada 8 Januari 2021. Kontrak ini ditandatangani oleh Pengasas produk Mylea, Puan Amylia Farhana Binti Saiful Bakri dan Puan Rozita Che Wan, turut dihadiri oleh Tuan Mohd Fakhrul Razi Bin Jamaludin selaku Pengarah Urusan Syarikat Amylea Group Sdn Bhd, ejen-ejen Jemaah Mylea, fighter Mylea, dan juga para media.

Sidang media khas upacara menandatangani kontrak perlantikan Rozita Che Wan sebagai duta diadakan khas di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur pada 8 Januari 2021

“Sejak tahun 2012 lagi Mylea telah wujud dan selama lapan tahun berada dalam industri kecantikan ini ramai pelanggan kami yang telah mendapat kulit idaman mereka. Masalah kulit ada pelbagai jenis tetapi masalah yang paling sukar untuk dirawat adalah masalah jeragat. Inilah kelebihan utama produk kami yang mana mampu untuk merawat masalah jeragat terutamanya,” tegas Puan Amylia yang merupakan Pengasas Mylea.

Mylea Freckles Serum, Serum Anti Jeragat No1 Malaysia dan Mylea Freckles Bar

Antara produk yang paling laris Mylea adalah Mylea Freckles Serum, Serum Anti Jeragat No1 Malaysia dan Mylea Freckles Bar. Gabungan dua produk ini adalah penyelesaian untuk masalah jeragat, dengan penggunaan yang kerap jeragat boleh berkurang tidak kira jeragat yang lama atau pun masih baru di kulit muka. 

Pengasas Produk Mylea, Puan Amylia Farhana Binti Saiful Bakri dan Puan Rozita Che Wan disertai oleh suami masing-masing

Semasa sidang media Mylea, Puan Amylia juga mengimbas kembali kisah perit and serba sedikit tentang penubuhan syarikat beliau. Mylea bermula dari impian seorang peniaga kecil di pasar malam yang mempunyai impian untuk memiliki produk jenama sendiri. Tuan Mohd Fakrul sanggup berhempas pulas untuk menjayakan perniagaan beliau demi keselesaan keluarga.

Puan Amylia Farhana Binti Saiful Bakri dan Puan Rozita Che Wan disertai oleh suami masing-masing

Beliau juga pernah dicabar oleh majikan suatu Ketika dahulu bahawa beliau tidak akan berjaya dalam perniagaan. Manakala, Puan Amylia sendiri berhenti kerja sebagi sales marketing di sebuah hotel tempatan untuk membantu suaminya merealisasikan impian beliau. Sehingga hari ini Mylea telah banyak membantu wanita diluar menyelesaikan masalah jeragat, jerawat, dan kulit kusam. Malah telah melahirkan lebih ramai usahawan menjana pendapatan dibawah jenama Mylea.  

Taniah! Che Ta Dilantik Sebagai Duta Rasmi Mylea

Oleh kerana keperitan hidup yang pernah dilalui, beliau bangkit membuktikan bahawa jenama tempatan dibawah syarikat bumiputra juga mampu menembusi pasaran tempatan dan luar negara. Setakat ini, produk Mylea telah berada di Singapura, Indonesia, Brunei, dan Arab Saudi.

Dengan perlantikan Puan Rozita Che Wan sebagai duta jenama Mylea akan memperkasakan lagi jenama Mylea di pasaran semasa

Dengan perlantikan Puan Rozita Che Wan sebagai duta jenama Mylea akan memperkasakan lagi jenama Mylea di pasaran semasa. Ini merupakan permulaan yang baik bagi jenama Mylea dalam usaha untuk memasarkan jenama Mylea ke peringkat yang lebih tinggi lagi. Pelbagai strategi pemasaran bakal dilaksanakan sepanjang tempoh rasmi perlantikan Puan Rozita Che Wan sebagai duta rasmi jenama Mylea.

Produk jenama Mylea juga telah mendapat kelulusan Sirim setelah melepasi standard piawaian yang dikehendaki. Untuk maklumat lanjut atau butiran forum, sila emel myleaskin@gmail.com

2 comments:

  1. Wah Mylea will be a great brand moving ahead with a great ambassador now.

    ReplyDelete
  2. Che ta ni memang lawa sungguh..tahniah atas pelancaran beliau sebagai duta produk ni.. ❤️

    ReplyDelete

Please Leave a Comment to show some Love ~ Thanks