Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur Mempersembahkan Pantai Timur Fest 2025

Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur mempersembahkan Pantai Timur Fest 2025 – merasai warisan kulinari & budaya Pantai Timur dari 2 hingga 21 Oktober 2025. Festival ini menampilkan keunikan warisan negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang melalui hidangan tradisi, persembahan seni, serta pengalamaninteraktif untuk seisi keluarga. 

Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur Mempersembahkan Pantai Timur Fest 2025

Festival ini turut dianjurkan bersempena menyokong Tahun Melawat Malaysia 2026, sekaligusmemperkukuh peranan Kuala Lumpur sebagai pusat pelancongan kulinari dan penceritaanbudaya.

Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur Pantai Timur Fest 2025, Pantai Timur Fest 2025, Travel, Food

Pantai Timur Fest 2025 ini merupakan hasil kolaborasi bersama Tourism Malaysia serta erjasama pelbagai agensi kerajaan tempatan. Kolaborasi ini bukan sahaja memperkukuhusahamempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2026

Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur Pantai Timur Fest 2025, Pantai Timur Fest 2025, Travel, Food

Butiran Acara

Fasa 1: Festival Utama (2 – 5 Oktober 2025)

Lokasi: Kawasan Parkir VIP, Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur

Masa: 9 pagi – 9 malam setiap hari

Tarikan Utama: 

• Lebih 30 gerai makanan menampilkan Nasi Kerabu, Nasi Dagang, Keropok Lekor, Laksamdanpelbagai lagi. 

• Demonstrasi masakan bersama chef jemputan dan selebriti. 

• Persembahan budaya termasuk dikir barat, gamelan dan wayang kulit. 

• Persembahan busker, cabutan bertuah, hadiah serta zon bergambar berkonsep budaya. 

• Aktiviti mesra keluarga dengan permainan tradisional dan photobooth. 

Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur Pantai Timur Fest 2025, Pantai Timur Fest 2025, Travel, Food

Fasa 2: Pameran Restoran (6 – 21 Oktober 2025)

Lokasi: Restoran Zende, Aras 3, Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur

Tarikan Utama: 

• Pameran kulinari Pantai Timur selama 16 hari dengan menu berbeza setiap hari. • Hidangan hasil air tangan chef Seri Pacific bersama chef jemputan dari Pantai Timur. 

• Suasana dihiasi dekorasi songket, batik dan motif wau. 

• Stesen masakan langsung dan kuih tradisional segar. 

• Paparan budaya dan demonstrasi interaktif.

Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur Pantai Timur Fest 2025, Pantai Timur Fest 2025, Travel, Food
Menurut Is. Leftenan Kolonel (PA) Razmi Rahmat, Pemangku Pengurus Besar Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur

Menurut Is. Leftenan Kolonel (PA) Razmi Rahmat, Pemangku Pengurus Besar Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur, “Pantai Timur Fest 2025 bukan sekadar pesta makanan, tetapi satu perjalanan budaya. Melalui gabungan kulinari, seni persembahan dan pengalaman interaktif, kami ingin membawa keunikan Pantai Timur lebih dekat kepada masyarakat kota serta pengunjung antarabangsa.” 

Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur Pantai Timur Fest 2025, Pantai Timur Fest 2025, Travel, Food

Antara tarikan utama ialah jualan dan demo masakan warisan yang membolehkan pengunjung merasai kelazatan masakan asli pantai timur sambil menyaksikan proses penyediaannya secaralangsung. Pengunjung juga berpeluang berinteraksi dengan selebriti jemputan dan menyertai persembahan kebudayaan yang menampilkan tarian dan muzik tradisional yang memukau. 

Selain itu, pihak penganjur juga menyediakan 10 'Celebrity booth' bagi memeriahkan festival itunanti dibawah kelolaan Persatuan Karyawan Malaysia. Aspek paling menarik dalam festival ini ialah cabutan bertuah yang menjanjikan hadiah-hadiahmenarik kepada para pengunjung yang bertuah. Persembahan kebudayaan yang dipersembahkansepanjang festival akan menampilkan pelbagai tarian dan persembahan muzik tradisional yangmencerminkan kekayaan budaya masyarakat pantai timur. 

Festival ini juga membuka peluang kepada pengusaha makanan, penggiat seni dan pengkaryatempatan, di samping menegaskan kedudukan Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur sebagai sebuahhab budaya dan pelancongan. 

Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur Mempersembahkan Pantai Timur Fest 2025

Oktober ini, datanglah ke Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur untuk merasai, meneroka danmenghayati warisan Pantai Timur – semuanya di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur.

No comments:

Post a Comment

Please Leave a Comment to show some Love ~ Thanks