Disney100: AEON Star Rewards 2023 x Tupperware

Sempena ulangtahun ke 100 The Walt Disney Company (The Walt Disney Company's 100th anniversary). AEON telah memperkenalkan program AEON Star Rewards dengan produk Tupperware yang berinspirasikan Disney100 untuk tahun 2023 bermula 27 Disember 2022.

Disney100: AEON Star Rewards 2023 x Tupperware

Pelancaran rasmi dijalankan di AEON Mall Shah Alam pada 7th Jan. Kempen ini akan berlangsung hingga June 2023 di semua cawangan AEON, AEON BiG dan MaxValu Prime stores (sehingga stok masih ada).

Pelancaran AEON Star Rewards 2023 x Tupperware
dari kiri: Low Ngai Yuen, Ketua Pegawai Pemasaran dan Perdagangan AEON; Naoya Okada, Timbalan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Operasi AEON; Lily Loo, Pegarah Urusan Tupperware Brands; Munirah Azmi, Ketua Operasi Mall, Pemasaran dan Pajakan AEON

Bagi meraikan Disney 100 Years of Wonder, Tupperware juga akan meletakkan watak-watak Disney dalam beberapa produknya. Watak-watak Disney tersebut termasuk Mickey Mouse, Donald Duck, Winnie the Pooh, Snow White, Mulan, Moana, dan watak-watak yang terdpat dalam filem keluaran Pixar seperti Finding Nemo, Toy Story, dan banyak lagi.

AEON Star Rewards 2023 x Tupperware

Produk Tupperware yang disediakan khas untuk AEON Star Rewards ini termasuk bekas makan (lunch box), set botol eco-friendly, round eco bottles dalam saiz 500ml dan 1000ml, termasuk juga set serve ware two and three piece.

Sis dah terjatuh hati dengan Disney 100 Eco Bottle Flip Top 1L, suka flip top yang menyenangkan dan warna bekas ungu. 

Menurut Puan Low Ngai Yuen, AEON's Ketua Pegawai Pemasaran dan Perdagangan AEON “Kami berasa amat gembira dan teruja untuk memulakan 2023 ini dengan memberi kegembiraan dan senyuman di wajah pelanggan kami melalui produk terbaharu Tupperware yang bertemakan Disney untuk program Star Rewards kami. Di AEON, kami sentiasa ingin bekerjasama dengan rakan kongsi yang hebat yang dapat turut sama membantu misi kami untuk berkongsi keceriaan di samping melindungi alam sekitar.”

Tupperware merupakan salah sebuah syarikat antarabangsa yang tersohor dan mempunyai reputasi yang baik dengan penghasilan produk-produk mesra alam. 

Tebus Produk Disney 100 AEON Star Rewards 2023

Tebus Produk Disney 100 AEON Star Rewards 2023

Produk AEON Star Rewards Disney100 Tupperware boleh ditebus oleh ahli AEON dan juga bukan ahli AEON. Untuk AEON Member, 2 setem akan diberikan untuk setiap pembelian RM30 dalam satu resit. Jika pembelian dilakukan dengan AEON Member Plus Visa Card / AEON Credit Card / AEON Wallet, pelanggan akan diberikan 3 setem.

Tebus Produk Disney 100 AEON Star Rewards 2023

Untuk bukan AEON Member, 1 setem akan diberikan untuk setiap pembelian berjumlah RM30 dalam satu resit. Untuk tebusan, AEON Member perlu mengumpulkan sejumlah 20 setem, manakala bukan ahli perlu mengumpulkan 40 setem.

Peminat Disney juga akan dapat menikmati ”Disney100-themed retail pop-up” yang menampilkan jenama tempatan seperti Forest, Giomax, Pustaka Sri Dunia dan banyak lagi, di Concourse AEON Mall Shah Alam bermula hari ini hingga 5 Februari 2023.

Reka bentuk serba baharu produk yang berinspirasikan Disney100 daripada Disney, Pixar, Marvel dan Star Wars juga boleh didapati. Item terdiri daripada pakaian dan kasut, mainan, makanan sihat dan kecantikan, hiasan rumah, alat tulis dan banyak lagi.

Untuk maklumat lebih lanjut berkenaan dengan Disney100: AEON Star Rewards 2023 x Tupperware, sila layari AEOM Retail Malaysia Website, Facebook, Instagram, dan TikTok

2 comments:

  1. Kenalah rajin beli brg di aeon utk kumpul reward

    ReplyDelete
  2. Memang tengah kumpul setem ni sebab semua comel! Tak nak lepaskan peluang reedem đŸ„°

    ReplyDelete

Please Leave a Comment to show some Love ~ Thanks