Ali Zahraa Madeena & Kembara Nabawi Pelita Lusoh

Perkembangan terbaru dan kerjasama antara industry kecantikan daan hiburan. Baru-baru ini, Asia Empire Records dan Ali Zahraa Holding Sdn. Bhd. telah mengadakan Majlis Pelancaran Produk Penjagaan Kulit Ali Zahraa “Madeena” dan Lagu “Kembara Nabawi” Pelita Lusoh serta lirik video rasminya di Grand Millenium Hotel, Kuala Lumpur.

Pelancaran Produk Penjagaan Kulit Ali Zahraa Madeena & Lagu Kembara Nabawi Pelita Lusoh
di Grand Millenium Hotel, Kuala Lumpur 

Kali ini Ali Zahraa “Madeena” sekali lagi menggegarkan pasaran produk kecantikan kulit dengan kerjasama penuh bersama Pelita Lusoh. Kini Pelita Lusoh menjayakan produk terbaru Ali Zahraa “Madeena” bukan sebagai duta akan tetapi sebagai rakan kongsi untuk Bersama melayakkan produk Ali Zahraa ke pasaran Asia.

Majlis Menandatanga Memorandum of Understanding Antara  Asia Empire Records dan Ali Zahraa Holding Sdn. Bhd. 

Majlis pelancaran ini dihadiri oleh Mohammad Faizal Abu Bakar, Pengarah Urusan Ali Zahraa; Effendi Ghazali, CEO, Ali Zahraa; Hanif Khan Mohammed Khan, Pengarah Urusan Asia Empire Records & Pelita Lusoh Production; Aweera, Pengarah Urusan Pelita Lusoh; Dr. Hanafiah Hj. Basirun, Pakar Kesihatan Pekerjaan & Kecemasan Am Hospital Kasih Cyberjaya; Syed Johari Syed Salleh, Presiden Pertubuhan Amal & Kebajikan AES LC Malaysia; NGO Mahad Tahfiz, serta barisan artis; Kuza, Aina Abdul, Badrul Muhayat, dan lain-lain.

Ali Zahraa Holding Sdn. Bhd adalah satu entiti korporat pengeluar dan pemasar produk kesihatan dan kecantikan

Ali Zahraa Holding Sdn. Bhd adalah satu entiti korporat pengeluar dan pemasar produk kesihatan dan kecantikan yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang produk kesihatan semenjak tahun 1998. Ali Zahraa mula dikenali selepas penjenamaan semula yang dilakukan 3 tahun lepas dengan kelahiran produk Ali Zahraa Aroma Therapy Oil, Gel Therapy, dan Serum Madeena yang menjadi fenomena di Malaysia.

Ali Zahraa Aromatherapy Oil

Asia Empire Records dan Pelita Lusoh Production telah beroperasi selama dua tahun, mempunyai studio rakaman, pengurusan artis, produksi muzik video, artis naungan dan terbaharu dalam perancangan menghasilkan sebuah filem serta drama bersiri.

Rangkaian Produk Ali Zahraa & Madeena

Rangkaian Produk Ali Zahraa & Madeena

Ali Zahraa Coffee
Ali Zahraa Aromatherapy Oil
Ali Zahraa Gel Therapy
Ali Zahraa Serum
Madeena Serum
Madeena Facial Cleanser Milk Glow Soap Collagen
Madeena Bergamot Natural Soap

Ali Zahraa Madeena + Kembara Nabawi Pelita Lusoh
  
Ali Zahraa Madeena + Kembara Nabawi Pelita Lusoh

Bersama dengan produk Ali Zahraa “Madeena”, sebuah lagu gubahan sepenuhnya Pelita Lusoh berjudul “Kembara Nabawi” telah dihasilkan.  Lagu ini ditulis oleh FJ Muzik dan digubah sepenuhnya oleh Pelita Lusoh menceritakan perjuangan dan kehidupan Rasullullah S.A.W. Rakaman single ini juga menampilkan pemuzik jemputan seperti Daus dari Kumpulan Drama Band sebagai pemain Bass dan Rudy dari Kumpulan Nastia untuk bunyian strings.

Rakamam dan adunan sepenuhnya di Asia Empire Records studio ini menampilkan pemuzik jemputan seperti Daus dari Kumpulan Drama Band sebagai pemain bass & Rudy dari Kumpulan Nastia untuk bunyian strings. Lirik video rasmi “Kembara Nabawi” Pelita Lusoh ini telah dilancarkan di saluran Youtube pada 29 Julai 2020.

No comments:

Post a Comment

Please Leave a Comment to show some Love ~ Thanks