KOPETRO Menganjurkan Majlis Penyampaian Hadiah Kempen Beli & Menang LengQuas

Tahniah kepada semua ejen dan pengedar yang memenangi Kempen Beli & Menang LengQuas! Baru-baru ini, Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) telah menganjurkan sebuah Majlis Penyampaian Hadiah Kempen Beli & Menang LengQuas di Flora Terrace @ Hampshire Place, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. 

KOPETRO Menganjurkan Majlis Penyampaian Hadiah Kempen Beli & Menang Lengquas, Lengquas, KOPETRO, Lifestyle
KOPETRO Menganjurkan Majlis Penyampaian Hadiah Kempen Beli & Menang Lengquas 

Majlis penyampaian hadiah ini disambut dengan meriah untuk meraikan ejen dan pengedar KOPETRO dengan hidangan pelbagai juadah enak serta aktiviti pentas. Majlis ini telah dihadiri oleh barisan pengurusan KOPETRO, jemputan-jemputan khas, rakan-rakan niaga, wakil-wakil media serta pemenang-pemenang yang terdiri daripada pengedar-pengedar dan ejen-ejen LengQuas.

KOPETRO Menganjurkan Majlis Penyampaian Hadiah Kempen Beli & Menang Lengquas, Lengquas, KOPETRO, Lifestyle

Kempen Beli & Menang LengQuas telah berlangsung pada 15 Julai 2022 sehingga 30 Oktober 2022 yang lalu, menawarkan pelbagai hadiah lumayan jenama Xiaomi bernilai lebih RM30,000. Ejen dan pengedar masing-masing mempunyai kriteria yang perlu dipenuhi bagi memenangi hadiah yang ditawarkan seperti membuat pembelian produk sekurang-kurangnya 10 karton bagi kategori ejen dan 100 karton bagi kategori pengedar. Selain daripada itu, ejen jualan yang mencapai sasaran jualan tertinggi juga bakal menerima ganjaran berupa hadiah utama bagi kempen ini.

KOPETRO Menganjurkan Majlis Penyampaian Hadiah Kempen Beli & Menang Lengquas, Lengquas, KOPETRO, Lifestyle
Ketua Pegawai Eksekutif KOPETRO, Ahmad Shakir bin Ahmad Ubaidah

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif KOPETRO, Ahmad Shakir bin Ahmad Ubaidah, ‘Beli & Menang’ adalah sebuah kempen bagi menggalakkan persaingan yang sihat di kalangan ejen-ejen dan pengedar-pengedar LengQuas dalam usaha  mempertingkatkan jualan dan memperluaskan pasaran LengQuas. Sehingga awal tahun ini, LengQuas telah pun mempunyai hampir 800 ejen jualan di seluruh negara yang terdiri daripada kafe-kafe, stesen-stesen minyak, kedai-kedai serbaneka dan pasaraya-pasaraya ternama.

“KOPETRO akan terus komited merancang projek-projek perniagaan berimpak tinggi untuk diceburi bagi memacu sektor ini ke arah berpendapatan tinggi dan seterusnya menyumbang kepada pendapatan syarikat dan rakan-rakan niaga kami yang tidak putus-putus memberikan sokongan.” ujar Ahmad Shakir.

KOPETRO Menganjurkan Majlis Penyampaian Hadiah Kempen Beli & Menang Lengquas, Lengquas, KOPETRO, Lifestyle
Produk LengQuas

Pada masa yang sama, LengQuas turut memperkenalkan produk terbaharu, iaitu hidangan makanan pra-masak menu-menu popular LengQuas yang terdiri daripada Daging Masak Hitam, Daging Dendeng, Ayam Cili Padi, dan Paru Goreng Berlada. Kami juga berpeluang merasa and review produk terbaru Lengquas. Ayam Cili Padi memang padu, cara masakan bersesuaian dengan citarasa dan tekak kita. Kepedasannya memang seimbang, tidak terlalu pedas dan daging ayam lembut. 

KOPETRO Menganjurkan Majlis Penyampaian Hadiah Kempen Beli & Menang Lengquas, Lengquas, KOPETRO, Lifestyle

Berbanding hidangan sejuk beku sedia dimakan yang telah dipasarkan sebelum ini, produk baharu ini menggunakan teknologi terkini iaitu sistem terma dikontaminasi yang memboleh produk disimpan pada suhu bilik. Ini amat memudahkan untuk travel dan juga orang sibuk, tidak cukup masa untuk menyediakan makanan. 

LengQuas merupakan jenama di bawah KOPETRO Food Sdn. Bhd., anak syarikat milik KOPETRO, mula dipasarkan sejak tahun 2019 dan telah menempah nama sebagai sebuah jenama makanan sejuk beku yang menawarkan pelbagai juadah tempatan.

LengQuas ini adalah jenama pertama keluaran koperasi yang telah berjaya menerima anugerah The BrandLaureate e-Branding Awards 2020 bagi kategori makanan dan minuman produk sejuk beku. 

Selain diiktiraf dengan sijil HACCP (Hazard Analysis and Critical Control Points) dan GMP (Good Manufacturing Practice) daripada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Kementerian Kesihatan Malaysia, produk LengQuas turut mempunyai pensijilan Halal, MESTI dan Buatan Malaysia.

KOPETRO Menganjurkan Majlis Penyampaian Hadiah Kempen Beli & Menang Lengquas, Lengquas, KOPETRO, Lifestyle

Untuk maklumat lebih lanjut berkenaan dengan KOPETRO Menganjurkan Majlis Penyampaian Hadiah Kempen Beli & Menang LengQuas, sila ikuti akaun @lengquas.official di Facebook dan Instagram, layari laman sesawang www.kopetrofood.com.my atau hubungi 017-319 5764 untuk maklumat lanjut dan romosi-promosi terkini mengenai LengQuas.

10 comments:

  1. Syok la ejen & pengedar yg bertuah...dah penat buat sale, dapat hadiah menarik dan lumayan pulak! Terbaik la LengQuas!!

    ReplyDelete
  2. Wow , menarik ni . Mana tau ada rezeki Sal dapat ke kan. Xiomi tu .. belum cuba belum tahu. Tak sabar nak try LengQuas. Nampak sedap semua

    ReplyDelete
  3. wa congrats to all the winners there. must be so excited to know about the result

    ReplyDelete
  4. iena pernah dengar tentang produk LengQuas ni tapi tak pernah cuba lagi . wah tau tau da umum pemenang Kempen Beli & Menang LengQuas . Tak sempat join :)

    ReplyDelete
  5. Wahhh. Tahniah kepada semua pemenang-pemenang. Hadiah dia lumayan jugak. Syiok jadi ejen dan pengedar produk ni

    ReplyDelete
  6. Wahhhh Kopetro ni rajin beri penghargaan kepada ejen dan stokis. Malah kita sebagai pelanggan pun seronok bila mereka buat peraduan. Tak sabar nak tunggu peraduan Lengquas seterusnya.

    ReplyDelete
  7. Ohh wow...the prizes so so good to join in the contest la....that KS for sharing this. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  8. tahniah kepada semua pemenang.. seronok bila dapat lihat macam2 hadiah yg ditawarkan

    ReplyDelete
  9. Bagus ada Kempen Beli & Menang LengQuas tentulah ramai yg suka join, kempen mcm ni blh naik kan prestasi Kopetro - Halimah

    ReplyDelete
  10. The prizes look amazing. Hopefully I’ll get to take part in the next campaign! #rollinggrace

    ReplyDelete

Please Leave a Comment to show some Love ~ Thanks