Perlantikan Puteri Sarah & Adira Suhaimi Sebagai Duta Baru Body Flasshh

Baru-baru ini, sis berpeluang menghadiri Sambutan Ulangtahun Body Flasshh Yang Ke-2 di JW Marriot, Kuala Lumpur. Jenama yang terkenal dengan produk perlangsingan badan secara rasmi memperkenalkan duta baru mereka iaitu Puteri Sarah Liyana dan Adira Suhaimi sejurus menggantikan Bella Astillah sebagai duta sejak dua tahun lepas

Puteri Sarah & Adira Suhaimi Duta Baru Body Flasshh

Sambutan ini meriah dengan kehadiran pengasas jenama ini iaitu Puan Azlin, Datin Alyah, Cakra Khan, Nadia Anuar, media, dan tetamu jemputan.

Puteri Sarah & Adira Suhaimi Duta Baru Body Flasshh 

Pemilihan kedua-dua duta ini tidak lain tidak bukan kerana Puteri Sarah dan Adira Suhaimi merupakan seorang ibu. Lazimnya wanita selepas melahirkan anak akan mengalami peningkatan berat badan dan mereka akan berhadapan dengan kesusahan dalam menurunkan berat badan. Oleh itu, Puteri Sarah selaku ibu kepada dua orang anak dan Adira selaku ibu anak empat adalah duta baru yang sesuai. 

Puteri Sarah & Adira Suhaimi Duta Baru Body Flasshh 

Adira turut berucap, “Saya mula minum produk Body Flasshh selepas pantang pada hari itu. Kira-kira 22kg telah berjaya turun. Selain itu, produk ini bukan sahaja fokus kepada perlangsingan badan. Produk ini juga untuk menambah tenaga. Oleh itu saya mengambilnya untuk mengembalikan tenaga ketika dalam pantang”.

“Produk Body Flassh yang saya suka minum ialah Body Flasshh Coffee Latte”, sambungnya ringkas.

Puteri Sarah & Adira Suhaimi Duta Baru Body Flasshh 

Puteri Sarah pula dengan ringkas berkata, “Saya bersyukur kepada Body Flasshh dan Puan Azlin kerana melantik saya sebagai duta. Ini ada lah rezeki buat saya. Body Flasshh ni saya dah minum dan saya sendiri Nampak hasilnya.” Puteri Sarah Liyana khususnya telah dilantik menjadi duta kepada produk Body Flasshh Queen.

Pada majlis yang sama juga, Datin Seri Alyah dan Cakra Khan turut membuat persembahan istimewa sempena sambutan ulang tahun ini. Tidak lupa juga persembahan istimewa daripada duta baru Adira Suhaimi yang turut berduet dengan Cakra Khan untuk sebuah lagu.

Produk Body Flasshh

Produk Body Flasshh turut dipaparkan pada majlis tersebut dengan pengenalan produk baharu iaitu Body Flasshh Drink Coffee Latte yang juga merupakan kegemaran Adira. Produk yang dipaparkan adalah siri minuman Body Flasshh Drink, Body Flasshh Queen, Body Flasshh Krim Sonata dan Body Flasshh DX.

Puan Azlin, Pengasas produk Body Flasshh

Buat pengetahuan semua, Puan Azlin selaku pengasas produk Body Flasshh juga merupakan penganjur konsert Cakra Khan yang akan berlangsung pada tahun depan di Kuala Lumpur.

No comments:

Post a Comment

Please Leave a Comment to show some Love ~ Thanks