Jelajah Kasih Ramadhan 2013

Jelajah Kasih Ramadhan 2013

Inilah suasana di sekitar penganjuran program Jelajah Kasih Ramadhan 2013 yang berlansung di pasaraya besar Mydin USJ semalam. Rasa gembira dapat jumpa dan buka puasa bersama kawan-kawan, anak-anak yatim dan juga pihak penganjur. Program ini sedikit sebanyak dapat menringankan bebanan golongan miskin, anak yatim pada masa yang sama membimbing belia menerusi aktiviti sukarelawan dan kerja-kerja kebajikan dan amal. 




Mulai 3 petang pelbagai acara telah diadakan sempena program tersebut, seperti Konvoi ke Mydin bersama 52 superbike daripada UN Riders, aktiviti membeli-belah di Mydin dan juga majlis berbuka puasa anak yatim bersama belia, MPSJ and pihak penanja.  

Persembahan adik-adik daripada Baitul Hidayah, pandai nya! 

Seramai 42 anak yatim yang berumur 1 hingga 17 tahun daripada Baitul Hidayah. Dengan sumbangan daripada pihak Mamee and kutipan kakitangan MPSJ makan anak-anak yatim ini menerima sumbangan sebanyak RM150 seorang untuk membeli-belah di Mydin USJ. Selain itu, Genexis Sdn Bhd juga menderma aksesori pakaian dan pihak Mydin turut menyumbang barang-barang keperluan asas kepada mereka.   

Superbike Konvoi UN Riders

ini untuk batman

Setelah majlis buka puasa, maka Konvoi UN Riders 52 superbikes bersama 55 belia dengan motor 150cc ke bawah bergerak Masjid Al-Falah USJ 9 dan bermalam di situ. Seterusnya pukul 3.30pagi berlangsung Jelajah Sahur dimana mereka akan mengedarkan 200 pax juadah sahur kepada Rumah Fakir Miskin, Pusat Penempatan Pesakit HIV, Rumah Anak Yatim dan seterusnya.    



Pihak penaja program ini adalah Mydin, IPD Subang Jaya, IPD Serdang, MAMEE, UN Riders, Masjid Al Falah, Genexis dan Colgate-Palmolive. 

No comments:

Post a Comment

COMMENT to show some LOVE ~ Thanks