Pelancaran Skim RumahKu SyurgaKu & Perlantikan Duta Pelancongan Seni Dan Budaya MRF Consultant (M) Sdn Bhd

Sebanyak 1000 Unit Quota Perumahan di bawah Skim RumahKu SyurgaKu untuk Artis Malaysia! Baru-baru ini, MRF Consultant (M) Sdn. Bhd. telah melancarkan ‘Skim Rumahku Syurgaku’ secara rasminya pada di Hotel Shangri-La Kuala Lumpur. Acara gilang gemilang ini telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan MRF Consultant (M) Sdn. Bhd., YBrs Dato’ Sri Siti Nur Atiqah binti Dato’ Seri Baba dengan kehadiran lebih 60 artis terdiri dari pelakon dan penyanyi veteran tanahair.

Pelancaran Skim RumahKu SyurgaKu & Perlantikan Duta Pelancongan Seni Dan Budaya MRF Consultant (M) Sdn Bhd

Objektif skim Rumahku Syurgaku ini adalah untuk membantu golongan artis yang tidak mempunyai rumah dan menghadapi kesempitan hidup. Golongan artis ini bukan hanya artis veteran sahaja malah terdiri daripada pemuzik, penyanyi, pelakon, penari lama dan baharu, penata rias yang menyokong sebagai tulang belakang kepada industri muzik mahupun perfileman.

Pengarah Urusan MRF Consultant (M) Sdn. Bhd., YBrs Dato’ Sri Siti Nur Atiqah binti Dato’ Seri Baba, syarikat MRF Consultant (M) Sdn Bhd

Pada hari Pelancaran ‘Skim Rumahku Syurgaku’, Dato’ Sri Siti Nur Atiqah mengumumkan quota perumahan di bawah MRF Consultant (M) Sdn. Bhd. sebanyak 1000unit disediakan untuk artis-artis di Malaysia. Ini adalah quota terkumpul dalam CSR syarikat sepanjang 5 tahun tambahan lagi 2 tahun yang lalu negara menghadapi pendamik global. Dana ini adalah dari sumbangan peribadi saya sebagai CSR dari keuntungan pelaburan dalam berbagai sektor perniagaan.

Sebanyak 1000 Unit Quota Perumahan di bawah Skim RumahKu SyurgaKu untuk Artis Malaysia

Harga bergantung pada lokasi pilihan. Rumah berharga RM500ribu mungkin nampak sederhana di Kuala Lumpur tapi mahal mengikut lokasi pilihan rumah, contohnya di Kedah. 

Pendaftaran rumah akan dibuat atas penama yang Berjaya sahaja dan setiap penerima rumah tersebut tidak dibenarkan menjual atau menyewakan semula untuk mengaut keuntungan.

Pelancaran Skim RumahKu SyurgaKu & Perlantikan Duta Pelancongan Seni Dan Budaya MRF Consultant (M) Sdn Bhd

Cara Permohonan Skim RumahKu SyurgaKu

Menurut Pengarah Urusan MRF Consultant (M) Sdn. Bhd., YBrs Dato’ Sri Siti Nur Atiqah binti Dato’ Seri Baba, syarikat MRF Consultant (M) Sdn Bhd menyediakan permohonan secara online melalui Google Form yang boleh diakses mulai pada 15 Jun 2022. Alamat link dan QR code akan disebarkan melalui NIPV Management Sdn Bhd.

Pendaftar hanya perlu isikan dokumen lengkap seperti mana proses menjual beli rumah dijalankan. Setiap urusan pendaftaran dan penyerahan adalah berpandukan SOP yang diluluskan oleh kerajaan. Keutamaan proses adalah dari senarai pilihan rumah di bawah MRF. 

Kempen ini telah tercetus dalam bulan Ramadan yang lalu, tapi dilancarkan secara rasmi pada majlis baru-baru ini. Dalam tempoh 2 bulan ini proses pendaftaran yang berakhir 3 Jun lalu kini sedang dalam semakan. 

Proses penyerahan mengikut penggiliran akan mengambil masa sehingga 5 tahun. Buat masa ini, perbincangan lebih kerap dijalankan dengan pihak developers melalui jalinan projek usahasama.

Perlantikan Noraniza Idris sebagai Duta Pelancongan Seni dan Budaya MRF Consultant (M) Sdn Bhd 

Noraniza Idris sebagai Duta Pelancongan Seni dan Budaya MRF 

Majlis pelancaran ‘Skim Rumahku Syurgaku’ ini turut di serikan dengan majlis menandatangani kontrak perjanjian di antara MRF Consultant (M) Sdn Bhd dengan Noraniza Idris sebagai Duta Pelancongan Seni dan Budaya MRF. Ketika ditanya kaitan perlantikan itu, Noraniza Idris berkata, seiring dengan tugas hakikinya di sebalik tabir selain kerjaya utamanya sebagai artis, beliau sangat aktif menganjurkan aktiviti-aktiviti Corporate Social Responsibility (C.S.R) modal insan dan memupuk nilai-nilai murni untuk pembangunan seni dan budaya di kalangan masyarakat yang terdiri daripada generasi seawal usia 4 tahun ke atas. 

Aktiviti ini telah dijalankan semenjak 2008 lagi hingga kini. Seiring dengan minat beliau, MRF turut berhasrat mewujudkan sebuah pusat pembangunan seni dan budaya khas untuk membangunkan kesenian di kalangan peserta pelbagai usia dan dibuka juga kepada pelbagai kaum dari seluruh Malaysia untuk mengikuti bengkel kemahiran jangka pendek dan jangka panjang mengikut pilihan. Pusat pembangunan seni dan budaya ini akan dikelolakan oleh Noraniza Idris di bawah MRF Production Sdn Bhd.

Sehubungan dengan itu, Noraniza telah menyusun perancangan untuk membangunkan pusat pelancongan di bawah kelolaannya untuk memberi peluang ramai penggiat seni dan irama Malaysia dapat diundang untuk menjalankan aktiviti mereka di sini sebagai salah satu cara membantu penggiat seni menjana semula pendapatan semasa. Tunggu sampai satu masa nanti akan diumumkan.

Perkembangan terkini, Noraniza kini sedang sibuk membuat persediaan menjelajah Malaysia dalam Siri Jelajah Empayar Akar Kita Zapin Nusantara 2022 untuk musim kelima. Program mencari bakat kumpulan pemain Zapin terhandal secara spontan ini dijadualkan akan ke 13 destinasi AEON Mall seluruh Malaysia bermula Pra pelancaran program ini pada 10 – 12 Disember 2021 yang lalu, 20 – 22 Mei (AEON Mall Bukit Mertajam) , 24 – 26 Jun (AEON Mall Kuching Sarawak), 1-3 Julai (AEON Mall Bandar Dato’ Onn Johor), 8-10 Julai (AEON Mall Bukit Raja, Klang), 15-17 Julai (AEON Mall Ipoh Klebang), 22-24 Julai (AEON Alpha Angle Kuala Lumpur), 29 - 31 Julai (AEON Mall Sri Manjung Perak), 19-21 Ogos – (AEON Mall Bandaraya Melaka) dan 26 - 28 Ogos (AEON Mall Nilai Negeri Sembilan). 

Selain AEON Mall, destinasi diteruskan ke 5 – 7 Ogos (Kuantan Pahang), 2 – 4 September (Kota Kinabalu Sabah), seterusnya ke acara kemuncak pertandingan Tingkah Geruh – Akar Kita Zapin peringkat Kebangsaan dan Nusantara berakhir pada 12 – 15 September (Iskandar Puteri Johor). Program ini dibawakan bersama MRF Consultant(M) Sdn Bhd.

Ini adalah salah satu inisiatif MRF Consultant (M) Sdn. Bhd. dalam merelisasikan aktiviti CSR menerusi bidang pelancongan seni dan budaya yang dikelolakan oleh Noraniza Idris. Objektif penganjuran yang dibawakan oleh MRF ini adalah untuk mendekati masyarakat dengan lebih dekat dengan program-program bermanfaat khususnya kepada generasi pelapis agar terus menghayati peradaban dan nilai-nilai murni dengan aktiviti bengkel yang dijalankan secara percuma dan terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk mengambil bahagian.

1 comment:

  1. This is really a very good article that I really like and will definitely share it widely with my friends, wish you all good health and make more articles in the future. thank

    ReplyDelete

Please Leave a Comment to show some Love ~ Thanks